Tujuan utama Lamin Dana ditubuhkan adalah untuk memulihara dan membangkitkan semula semangat cintakan kebudayaan dan warisan tradisional Melanau serta melaluinya diwujudkan semual kumpulan kebudayaan, seni bina tradisional, kostum, pemakanan, kraftangan dan sebagainya.
Selain itu, Lamin Dana juga merupakan pemangkin untuk industri pelancongan di Mukah di mana Lamin Dana merupakan salah satu tarikan utama para pengunjung ke Mukah. Lamin Dana merupakan satu produk eko pelancongan yang baru bagi Sarawak yang telah menerima lebih 4000 pelancong dari luar dan dalam negeri.
gambar Lamin Dana
No comments:
Post a Comment