Jerunei
Assalamualaikum dan salam sejahtera para blogger,
Hari ini admin ingin berkongsi maklumat mengenai jerunei atau kelidieng.
Taman Poket Dalat merupakan sebuah kawasan riadah yang menjadi tumpuan seluruh kampung di Daerah Dalat. Taman ini sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga pada hujung minggu. Bangku dan pondok disediakan di taman ini untuk kemudahan pengunjung. Jerunei atau Kelidieng merupakan tarikan utama di taman ini yang merupakan sebatang tiang yang berukuran satu sepemeluk. Ia diperbuat daripada kayu belian yang merupakan sejenis kayu keras yang tahan keadaan cuaca dan tahan sehingga ratusan tahun. Jerunei ini dipahat untuk menghasilkan bermacam-macam jenis ukiran. Ada yang dibuat dengan ukiran rumit yang mungkin mengambil masa selama beberapa tahun untuk disiapkan yang dibuat oleh tukang ukir orang Melanau.
Mengikut legenda, apabila seseorang raja itu meninggal, mayatnya tidak terus dikebumikan. Tetapi mayat raja tersebut disimpan di dalam keranda dan keranda tersebut disimpan di dalam pondok khas yang berdekatan dengan Jerunei itu. Setelah mayat raja tersebut reput, tulang-tulang raja tersebut dikumpulkan dan disimpan di dalam tempayan. Tempayan yang mengandungi tulang-tulang raja tersebut diletakkan di dalam lubang Jerunei. Semasa mengerjakan upacara itu, kaum kerabat raja yang meninggal itu akan membawa seorang anak perempuan hamba kepada raja tersebut. Anak perempuan hamba tersebut akan digantung di puncak Jerunei dan dibiarkan mati kebuluran. Ia bertujuan supaya roh anak perempuan hamba tersebut dapat melayan raja itu sebagaimana biasa dialaminya semasa hidup. Seterusnya seorang hamba lelaki dicampakkan ke dalam lubang Jerunei supaya roh hamba lelaki itu akan menjadi pengawal, pelayan dan tukang dayung kepada roh raja itu ketika perjalanan menuju alam kematian.
Jerunei berasal dari Kampung Seberang Tengah namun dipindahkan beberapa kali dalam tahun 1971 sehinggalah kali terakhir ia didirikan di hadapan Pejabat Daerah Dalat. Ia telah berusia menjangkau lebih daripada 100 tahun dan merupakan khazanah silam yang terakhir disimpan serta dijaga oleh penduduk Daerah Dalat di bawah kendalian Pejabat Daerah Dalat. Kini pada 28 April 2008, Jerunei tersebut telah dinaiktarafkan untuk dijadikan mercu tanda yang penting di kawasan Taman Poket Dalat untuk ingatan kaum Melanau terhadap bangsawan-bangsawan terdahulu di samping sebagai tarikan para pelancong.
Sibetlqh gaber kelideng daled...in kelideng gan dipost now....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalah gambar. Ini gambar klirieng di kampung Punan Ba. Hati2 guna gambar dari internet, terutama sumbernya tidak ada dapat sahkan.
ReplyDeleteYa betul tu..... Masa punan bah belum terbakar dulu....
Delete