Friday 25 May 2012

Perayaan Kaul

Seperti yang kaliansedia maklum, Mukah terkenal dengan Pesta Kaul.

Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.



Pelan Lokaliti 'Booth' di Tapak Kaul Mukah 2012


Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil di tapak pesta kaul.


sumber: Kenqutra





 

Tuesday 22 May 2012

Mukah, Sarawak.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.


Introduction

Mukah merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Bahagian Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian ke sepuluh di Sarawak pada 1 Mac 2002 oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. 

Keluasan Pentadbiran Bahagian Mukah seluas 6 997.61 kilometer persegi yang terdiri daripada empat Daerah iaitu Mukah, Dalat, Matu dan Daro serta empat buah daerah kecil iaitu Balingian, Oya, Igan dan Belawai. Daerah Mukah merupakan pusat pentadbiran di peringkat bahagian.

Mukah mempunyai banyak keunikan yang tersendiri seperti makanan yang eksotik, budaya, kepercayaan dan lain-lain. Mukah menjadi pusat kebudayaan orang Melanau dan 'Pesta Kaul' yang diraikan pada bulan April pada setiap tahun dan merupakan salah satu acara tahunan di sini.


Peta Sarawak

Terima Kasih.