Seperti yang kaliansedia maklum, Mukah terkenal dengan Pesta Kaul.
Perayaan Kaul
disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap
tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini
diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk
memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut
serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan
berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap
ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok.
Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan
memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan
sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan
keghairahan dan kegembiraan.
Pelan
Lokaliti 'Booth' di Tapak Kaul Mukah
2012
sumber: Pesta Kaul Mukah
Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil di tapak pesta kaul.
sumber: Kenqutra
No comments:
Post a Comment